Sunday, January 19, 2014

Muqaddimah Sirah

Bismillahirrahmanirrahim.

InsyaAllah untuk kuliah sesi ini, kita akan membincangkan muqaddimah sirah :)




Apa itu sirah?


A006
Tunjukilah kami jalan yang lurus. (Al-Fatihah : 6)


  • Berasal daripada perkataan shirat; iaitu laluan atau jalan yang dilalui orang untuk sampai ke suatu destinasi.

A021

Allah berfirman: "Tangkaplah akan dia, dan janganlah engkau takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya yang asal. (Taha : 21)


  • Juga berasal daripada perkataan siirat; iaitu bentuk asal, bagaimana bentuk dan tingkah laku seseorang itu.


  • Biografi


  • Bagaimana hidup, keluarga, ekspedisi-ekspedisi dan semua perkara yang berkaitan dengan Rasulullah saw.


Apa kepentingan mempelajari sirah?

  • KIta perlu belajar bersama-sama Al-Quran. Al-Quran diturunkan bersama-sama dengan orang yang mengamalkan Al-Quran.


  • Penulis sirah:
    • menulis tentang fakta-fakta; timeline kehidupan Rasulullah saw.
    • menulis dari segi narrative/ bentuk novel yang penuh dengan aksi.
    • menulis satu kisah yang praktikal yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita.


  • Dalam mempelajari sirah, kita harus buang perasaan “aku da dengar da cita ni”.  Mungkin kita akan dapat pengajaran yang berbeza-beza daripada setiap penyampaian yang kita dapat.



Sebab-sebab mempelajari sirah?

A021
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) (Al-Ahzab : 21)


  1. Rasulullah saw merupakan contoh yang terbaik dan sempurna dalam setiap perkara. Kita harus mendalami dan menghayati sirah Rasulullah saw, baru kita akan faham peribadi Rasulullah saw. 

2. Merasakan Rasulullah saw juga seorang manusia kerana kita merasakan bahawa kita tidak sama dengan Rasulullah saw kerana:-

  • Kita hidup di zaman yang penuh dengan superhero yang membuatkan kita sangat jauh dengan Baginda sehinggakan kita tidak dapat mencari persamaan dengan Baginda. Rasullah saw juga boleh cedera semasa perang Uhud.

  • Kita juga berada pada zaman di mana orang suka berkongsikan hadith. Hadith adalah cuma cebisan daripada cebisan hidup Rasulullah saw. Kita tidak mahu sekadar mendengar cebisan, tetapi mahu mendengar semua.

3. Mendapatkan pengajaran daripada sirah Rasulullah saw.
  • Zaman Mekah lebih panjang daripada zaman Madinah. Namun demikian, zaman Madinah lebih panjang diceritakan daripada zaman Mekah di dalam kitab sirah. Hal ini kerana zaman Mekah orang kurang dapat akses.
  • Hadith-hadith banyak dikeluarkan pada zaman Madinah.
  • Zaman Mekah susah untuk mendapatkan kepercayaan, sebab kurangnya akses itu. Walhal, zaman Mekah itu lebih banyak pengajaran daripada zaman Madinah.

4. Merasakan kebersamaan dengan Rasulullah saw.
  • Untuk kita jatuh cinta, kita perlu dengar, ikut, dan kenal sifat-sifat dan peribadi Rasulullah saw.
  • Pada zaman ini, kita tidak hidup sepenuhnya di zaman Mekah mahupun Madinah. Oleh itu, kita kena faham keadaan Rasulullah saw pada waktu tersebut, dan bagaimana untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan kita.

5. Untuk lebih memahami Al-Quran itu sendiri
  • Untuk menggerakkan satu mesin, kita memerlukan satu buku manual . Tetapi kerana mesin itu terlalu rumit, kita memerlukan seseorang untuk melakukan demo. Itulah ibarat Al-Quran dan Rasulullah saw

6. Faham bagaimana untuk berinteraksi sesama manusia
  • Sahabat di zaman Rasulullah saw yang berlainan usia (Contoh : Umar (27), Musab (20an)
  • Rasulullah saw berinteraksi dengan wanita. Rasulullah saw merupakan orang yang paling sibuk, namun masih ada masa untuk bersama dengan keluarga
  • Tugas Rasulullah saw sebagai guru; kita akan melihat bagaimana baginda berinteraksi dengan org lain, lalu meniru cara Baginda saw 

7. Tiada seorang manusia di atas muka bumi ini yang diceritakan secara terperinci kisah hidupnya melainkan kisah hidup Rasulullah saw (kitab Syamaail Muhammadiyah - Imam tirmizi )


8. Mesej Rasulullah saw bersifat universal, bukan sekadar untuk umat Islam sahaja, bahkan untuk semua manusia

A107
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam. ( Al-Anbiya':107)


9. Untuk menaikkan izzah Islam semula. 
  • Masyarakat kita mempunyai masalah "krisis identiti keimanan". Kita mahu bawa umat ini ke hadapan dengan ibrah-ibrah yang kita dapat daripada sirah Rasulullah saw.
  • Dalam juz-juz awal dalam Al-Quran (juz 30~28), Allah tidak mengajarkan teori-teori yang mendalam, hukum-hakam, atau bagaimana mahu melahirkan pemimpin yang terbaik, tetapi Allah mengajarkan perkara asas, iaitu akidah. Untuk kita menyelesaikan masalah ini, taklim (belajar mendalami) dan tarbiah (pembentukan asas untuk membentuk identiti muslim yang sebenar) perlu berlaku. 
  • Dengan tarbiah kita mahu bawa umat ini ke satu tahap yang lebih tinggi, yang sudah bersedia untuk belajar/diajar:
      1. pemahaman asas tentang Al-Quran
      2. sirah Rasulullah saw


 Sumber-sumber/ Kitab Sirah

Terdapat beberapa kitab sirah yang boleh menjadi rujukan kita bersama. Antaranya ialah :-
  1. Raheeq Makhtum (BM) / The Sealed Nectar (BI) - Safiur Rahman Mubarakpuri
  2. Fiqh Sirah - Ramadan Al-Buti
  3. Sirah Nabawiyah - Mustafa Syibaie
  4. Al-Bidayah wan Nihayah - Ibnu Kathir

wallahua'lam


No comments:

Post a Comment